Al-Fattah Travel Pte Ltd

4 HARI WISATA QURBAN PALEMBANG

SINGAPORE <> PALEMBANG

Khamis / 31 Aug         

08.00pagi    Berkumpul di Singapore Changi Airport Terminal 2

10.30pagi    Berangkat dengan Silk Air (MI 164) ke Palembang

10.40pagi    Setiba di Palembang dan selepas Imigresen dan kastam, anda akan memulakan acara lawatan di sekitar kota Palembang diikuti dengan makan tengahari dan meneruskan lawatan selanjutnya sebelum check in hotel untuk bermalam. 

PALEMBANG

Jumaat / 01 Sep         

06.30pagi    Anda akan dibawa ke Masjid Agong Palembang untuk acara solat Hari Raya Idul Adha. Selepas solat kembali ke hotel untuk sarapan pagi sebelum berangkat ke lokasi penyembelihan Qurban dan pembahagian daging kepada warga setempat. Solat Jumaat dan makan siang bersama warga. Acara berakhir dan kembali ke Hotel.

PALEMBANG

Sabtu / 02 Sep           

07.00pagi         Selepas sarapan, melawati Pelabuhan BKB untuk acara lawatan Sungai Musi, sungai terpanjang dan terbesar di Sumatra dengan menaiki bot tradisional. Nikmati pandangan pasar pagi di 16 ilir dan berhenti di Masjid Lawang Kidul di Pulau Kemaro yang damai, dimana terdapat beberapa rumah ibadah kaum Cina, Budha. Selesai lawatan, kembali ke Pelabuhan KBK dan melawati beberapa tapak sejarah di Palembang. Selepas makan tengahari, meneruskan lawatan ke Taman Purbakala, Kerajaan Sriwijaya dan kawasan Bukit Siguntang. Mengakhiri lawatan dengan ke Tokoh Kulineri Palembang (Pempek) dan makan malam sebelum pulang ke Hotel.

 

PALEMBANG <> SINGAPURA

Ahad / 03 Sep            

Selepas sarapan, acara bebas untuk anda mengatur kegiatan masing-masing sehingga waktu berangkat ke Lapangan Terbang.

12.00t/hari   Check Out dari Hotel. Selepas makan tengahari (biaya sendiri) dan solat Zuhur, terus bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang.

04.55ptg       Berangkat dengan Silk Air MI 167 ke Singapura

07.25mlm     Penerbangan akan dijadualkan tiba di Singapura dan aturcara perjalanan berakhir disini.

Enquire about this tour
All fields are required.
Promotion

Harga Pakej: S$970 NETT

Pakej Termasuk

Tiket Penerbangan SIN<>PLM<>SIN dengan Silk Air termasuk Cukai Penerbangan

3 Malam penginapan serta makan yang tertera di aturcara

Transportasi dan lawatan seperti aturcara

Khidmat Pemandu Pelancong serta Tipping untuk guide & driver

1 Bahagian Lembu

Travel Insurance

 

Coupon