Al-Fattah Travel Pte Ltd

8 Hari Wisata Muslim London

SINGAPORE

Berkumpul di Singapore Changi Airport Terminal 3 Row 8

SINGAPORE<>DOHA<>LONDON

Berangkat dengan Qatar Airways QR 945/QR 007 ke Doha/London. Setiba di Heathrow Airport, anda akan akan dibawa ke kawasan kota London dan dapat merasai bagaimana penduduk tempatan menjalani aktiviti harian mereka.

(Kami akan membantu anda untuk mendapatkan telephone sim kad dan tiket kenderaan awam untuk xxxx digunakan semasa di London serta lokasi tempat makanan halal boleh didapati.)

Cek-in di hotel dan seterus nya acara bebas.

 LONDON

Selepas sarapan pagi, anda akan di dibawa untuk berkunjung ke pasar ikan dan melihat cara perdagangan ikan berlaku, sebagai perbandingan dengan pasar di Singapura.Kanak-kanak tidak dibenarkan berkunjung ke dalam pasar ini.

Seterusnya ke Hyde Park, taman ini amat popular untuk memperingati Putri Diana. Makan siang di warung xxxxxx, makanan melayu; seperti nasi padang, kuih muih dan ada juga teh tarik. Selesai makan, kita akan ke Masjid Regent’s Park untuk solat zohor. Sesudah itu kita ke pusat membeli belah Harrod yang popular, dimiliki oleh Encik Al Fayed, seorang muslim berasal dari Mesir. Di akhir acara kembali ke hotel seterus nya acara bebas.

LONDON<>BRIGHTON

Selepas sarapan pagi, anda akan di bawa ke Stesen St. Pancras untuk menaiki keretapi ke Brighton sebuah bandar di selatan London, di pinggir selat Inggeris bersempadankan Perancis. Kita akan meluangkan masa bersiar di tepi pantai dan terdapat jeti yang di dirikan dan diatasnya terdapat pusat permainan dan hiburan. Tempat Palace Pavillion, yang berbentuk ala Parsi atau India yang digunakan oleh kerabat Istana pada musim panas. Di akhir lawatan dan berbelanja kembali ke London.

LONDON<>CAMDEN

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke ‘Pasar Tani’ London, pasar harian orang tempatan yang menjual pakaian, sayur-sayuran dan buah- buahan segar, ikan dan daging, makanan seperti ikan bakar dan nasi juga ada disini. Semuanya dibuat cara, rasa dan selera orang tempatan. Kemudian anda akan dibawa ke Camden untuk meninjau daerah tersebut, dimana telah didirikan masjid pertama di London. Kota Camden jugaadalah tempat shopping khas untuk pelancong, makanan halal juga banyak terdapat di sini. Setelah selesai shopping anda dibawa untuk menjelajah sungai Thames dengan menaiki bot pelayaran khas. Diakhir lawatan kembali ke hotel untuk bermalam.

LONDON

Selepas sarapan, anda akan di bawa ke kuburan jasad seorang yang amat terkenal di Singapura, Sir Stamford Raffles yang terletak di sebuah gereja, dimana ada kisah menarik disebalik waktu pengkebumian beliau.

Seterusnya, ke Portobello; tempat suntingan filem Hollywood bertajuk Notting Hill. Di sini  terdapat jualan pakaian dan barang-barang antik dan pada hari Sabtu dan Ahad ia akan menjadi tempat kunjungan pelancong. Makan tengahari di sebuah restoran makanan melayu yang dimiliki oleh keluarga berasal dari Malaysia. Selesai makan kita akan bergerak menuju Walthamstow dimana terdapat, kesan sejarah dan warisan Islam yang akan di ungkap disini. Kembali ke hotel untuk bermalam.

LONDON<>DOHA<>SINGAPORE

Selepas sarapan pagi acara bebas untuk anda  berbelanja saat-saat akhir sambil membuat persiapan untuk pulang.

4.30 Petang          Berangkat ke Heathrow airport.

9.30 Malam         Berangkat dengan Qatar Airways QR 002/QR 944 ke Doha/S’pore

SINGAPORE

Penerbangan dijadualkan tiba di Singapore Changi Aiport Terminal 3 dan perjalanan wisata berakhir disini.

Enquire about this tour
All fields are required.
Promotion

Group Departure: 08 September 2017

Remarks

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat. 

Coupon